BERLIN – Audi mengurangkan 9,500 daripada 61,000 pekerja di Jerman mulai sekarang hingga 2025 dalam usaha penjimatan bagi kenderaan elektrik dan kerja-kerja digital.

Pengurangan itu bagi penjimatan 6 bilion euro melalui program persaraan awal.

Tetapi firma yang memiliki Volkswagen itu berkata, peralihan syarikat tersebut kepada kereta elektrik akan mewujudkan sehingga 2,000 pekerjaan.

Keputusan itu dibuat kurang dari dua minggu selepas Daimler memaklumkan akan mengurangkan lebih daripada 1,000 pekerjaan menjelang akhir tahun 2022.

Industri kereta menghadapi kemerosotan di pasaran utama, termasuk China, serta peningkatan kos kerana ia memenuhi peraturan pelepasan karbon Kesatuan Eropah (EU) yang lebih sukar dan beralih kepada kenderaan elektrik.

Audi menyaksikan kejatuhan jualan, pendapatan dan keuntungan operasi dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2019. – MalaysiaGazette