Abdulla Yameen

MALE – Bekas Presiden Maldives, Abdulla Yameen dijatuhkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram, menyaksikan berpuluh-puluh penyokong beliau berhimpun di luar mahkamah dengan menyatakan presiden itu tidak bersalah.

Yameen yang mentadbir Maldives selama lima tahun, tidak menjangka kalah pada pilihan raya tahun lalu dan sejak itu beliau berhadapan beberapa siasatan berhubung urusniaga yang dimeterai semasa tempoh pemerintahannya.

Beliau didakwa menerima AS$1 juta wang kerajaan menerusi sebuah syarikat persendirian sebagai sebahagian daripada urusniaga untuk memajak beberapa buah pulau bagi pembanguinan hotel, yang mana beliau beberapa kali menafikannya.

Hakim Ali Rashees yang mengetuai panel lima hakim pada kes itu memberitahu, mahkamah jenayah tanpa keraguan mendapati Yameen telah mengambil wang yang beliau tahu ia adalah rasuah.

“Hakim mengambil masa selama 10 hari untuk membuat keputusan dan ia keputusan sebulat suara lima hakim,” kata Rasheed seperti dipetik Reuters.

Yameen merapatkan hubungan negara di Lautan Hoindi itu dengan China semasa pemerintanannya pada 2013 hingga 2018.

Pembangkang mengkritik beliau dengan menuduhnya memberi kontrak, termasuk kontrak pembinaan jambatan utama dan pembesaran lapangan terbang antarabangsa, kepada syarikat-syarikat China pada harga yang tinggi. Beliau menafi melakukan sebarang salah laku. – Agensi