TERKINI : Azmin Ali Rasmi Sayap Wanita dan Wan Azizah Rasmi Sayap AMK – Fahmi Fadzil

Perasmian sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita dirasmikan secara berbeza dalam Kongres Nasional PKR, minggu depan.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil acara itu diadakan secara berasingan kerana Kongres AMK akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan merasmikan sayap Wanita pada 5 Disember depan.