Serangan berlaku di kawasan beli-belah di sini. foto Agensi

HAGUE – Tiga cedera ditikam dalam serangan di laluan kawasan beli-belah yang sibuk di Hudson’s Bay di bandar Grote Markstraat.

Polis berkata, pihaknya masih memburu suspek selepas serangan dilakukan pada pukul 7.45 malam.

Gambar-gambar dan rakaman video media menunjukkan puluhan pengunjung Black Friday bertempiaran lari dari kawasan kejadian.

Tiga individu sudah menerima rawatan di hospital dan dibenarkan balik ke rumah, kata polis.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat serangan tersebut untuk tampil memberi maklumat.

Namun, dalam kenyataan awal, polis memburu seorang lelaki berumur antara 45 hingga 50 yang memakai baju renang berwarna kelabu.

Bagaimanapun, dalam laporan yang dikemaskini polis berkata, keterangan awal itu salah tetapi tidak memberikan butiran lanjut. – MalaysiaGazette