Sri Mulyani

JAKARTA – Indonesia akan melaksanakan pembaharuan cukai dengan mengurangkan cukai pendapatan kepada ekspatriat asing dan negara itu selain menghapuskan cukai dividen sebagai tambahan kepada pengurangan cukai korporat dan cukai digital.

Menteri Kewangannya, Sri Mulyani Indrawati berkata, pembaharuan yang bertujuan untuk meningkatkan pelaburan dan menyumbang pertumbuhan ekonomi yang lembap.

Pembaharuan cukai itu akan menjadi sebahagian daripada undang-undang komprehensif yang sedang dimuktamadkan kerajaan.

Pembaharuan yang dirancang akan mengubah rejim cukai Indonesia menjadi sistem cukai wilayah, jadi penduduk asing dan warga Indonesia di luar negara tidak lagi akan dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh di luar sempadan negara.

Malah, pekerja asing yang bekerja di Indonesia lebih daripada 183 hari akan dikenakan cukai bagi pendapatan yang diperoleh di Indonesia.

Manakala pekerja Indonesia yang bekerja di luar negara akan diberi pengecualian daripada membayar cukai di Indonesia.

“Kami akan menyemak perundangan bahawa ekspatriat perlu membayar cukai bagi pendapatan yang diperoleh di Indonesia dan di luar,” kata Sri Mulyani.

Di bawah Undang-Undang Cukai Pendapatan 2008, setiap individu (termasuk warga negara asing) yang telah menetap di Indonesia selama lebih daripada 183 hari dalam tempoh 12 bulan, atau telah tinggal di Indonesia untuk tahun penuh dan berhasrat untuk kekal di Indonesia, dianggap sebagai pembayar cukai domestik.

“Jika tidak, individu tersebut dianggap sebagai pembayar cukai asing dan tidak wajib membayar cukai pendapatan di Indonesia,” ujarnya.

Kerajaan, Sri Mulyani menambah juga akan menghapuskan cukai dividen bagi syarikat dengan kepentingan pemilikan kurang dari 25%.

“Kami akan menghapuskan cukai dividen. Anda harus gembira, “katanya dalam satu forum. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. indon tak minat ke cukai gst najib. boleh hidup senang. kerajaan tak payah buat kerja. cukai hari2 masuk.

Comments are closed.