TERKINI : SOP Undang-undang Ketatkan “Had Umur Kahwin 18 Tahun” – Mujahid Yusuf

KUALA LUMPUR – Sokongan sebulat suara kesemua 14 negeri bagi memperketatkan undang-undang Islam memberi keyakinan usaha menetapkan had umur perkahwinan 18 tahun ke atas akan dicapai pada masa depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf berkata, ketika ini dua isu berbangkit dalam perkara itu iaitu ada tujuh buah negeri tidak bersetuju had umur dinaikkan.

“Dia ada dua isu, satu menetapkan had umur dari 16 tahun kepada 18 tahun yang mana tujuh negeri tidak setuju tapi yang bagusnya adalah mereka setuju untuk satu lagi isu iaitu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diperundangkan ketika ini supaya diperketatkan lagi.