Dominic Lau

KUALA LUMPUR – Gerakan akan mempertimbangkang tindakan untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang telah membenarkan tulisan Jawi diajar di sekolah vernekular Cina dan Tamil di negara ini.

Presidennya,  Datuk Dr. Dominic Lau dan kepimpinannya akan mendapatkan pandangan dan nasihat peguam dan pakar perundangan mereka yang sedang menguruskan kes tersebut untuk merayu di Mahkamah Rayuan.

“Kami memang terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Gerakan untuk melarang pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil seluruh negara.

“Maka kami memang pertimbangkan untuk mencabar keputusan itu dengan merujuk ke Mahkamah Rayuan selepas ini namun sebelum itu akan mengadakan mesyuarat dengan para peguam dan pakar perundangan parti kami termasuk beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkepentingan.

“Kami mahu dengar pandangan pro dan kontra daripada semua pihak berkepentingan ini sebab ini melibatkan soal rakyat dan pendidikan, maka akan menggunakan segala platform yang ada untuk membuat keputusan sebelum memuktamadkan tindakan merayu nanti,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Dominic, mesyuarat itu akan diadakan minggu depan bersama kesemua pihak pemegang taruh yang terlibat secara langsung dalam soal pendidikan khususnya isu tulisan Jawi ini.

Kemudian katanya, segala perbincangan dalam mesyuarat itu akan disusuli permohonan mencabar di Mahkamah Rayuan akan diteruskan pada minggu seterusnya.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi mengenepikan permohonan Gerakan untuk melarang pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah vernakular dan membenarkan kementerian pendidikan dan kerajaan mengajar tulisan Jawi di sekolah kedua dua bahasa ibunda itu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/2019/11/30/pemuda-mca-tetap-bantah-pembelajaran-jawi-di-sekolah-vernakular/

1 Komen

  1. Selama lebih 60 tahun merdeka, kita gagal mempertahankan tulisan jawi dan kini terhegeh2 semula hendak memertabatkannya semula.
    Sebagai langkah asal wajibkan pengunaan tulisan jawi pada semua papan iklan dan nama jalan.

Comments are closed.