Datuk Mohd Khalil Kader Mohd. .foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis kerana disyaki mengambil dadah merupakan adalah 345 orang yang ditahan dalam Op Club Rat 2.0 yang awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kedua-dua anggota polis itu ditahan di sebuah pusat hiburan di sini setelah mendapati ujian saringan air kencing mereka positif dadah.

Tambahnya, operasi yang dijalankan serentak bermula tengah malam tadi menyaksikan 56 pusat hiburan diperiksa.

“Seramai 1,753 pengunjung berumur 15 hingga 60 tahun diperiksa. Seramai 345 termasuk 31 warga asing ditahan kerana positif dadah iaitu methamphetamine (144 orang), ketamin (77), amphetamin (120), morfin (tiga) dan benzo seorang,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Halil berkata, jumlah keseluruhan pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam pemeriksaan yang dilakukan itu adalah seberat 656.9 gram yang dianggarkan bernilai RM66,836.50

Katanya, dalam operasi itu seramai 78 orang ditahan kerana kesalahan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah.

Kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi kesalahan mengedar dan memiliki dadah mereka yang terbabit disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) serta Seksyen 12 (2) akta sama. – MalaysiaGazette