Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) bercakap sesuatu dengan Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) pada Majlis Perasmian Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Penyusunan semula secara radikal dalam parti perlu bermula daripada ahli parti  generasi muda, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Jelasnya, sesi penerangan dan latihan dalam kalangan muda tentang tujuan mereka dalam UMNO perlu digalakkan kerana golongan itu bakal menjadi pemimpin pada masa depan.

“Ia melalui penerangan, latihan-latihan penting pemimpin pelapis perlu didedahkan dengan perjuangan dia (pelapis) yang menjadi pemimpim masa depan kalau dari awal allignment tak betul nanti jiwa perjuangan tidak ada dalam setiap pemimpin kalau ini tidak ada, saya yakin nanti UMNO akan tersasar daripada asas perjuangan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini malam ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap kepada media pada Majlis Perasmian Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 DISEMBER 2019.

Mengulas lanjut Mohamad tidak menolak tempoh masa kepimpinan UMNO sebelum ini menjadi salah satu faktor ada ahli yang terlupa kepada perjuangan.

“Sebab kadang-kadang bila sudah lama kita duduk di tampuk kuasa yang lama banyak orang atau ahli UMNO lupa allignment, perjuangan dan ideologi kita kena buat allignment yang betul supaya semua orang faham balik, ahli faham mereka masuk parti kerana perjuangan bukan keuntungan dan rugi, ada kepentingan-kepentingan,” tambahnya.-MalaysiaGazette