M. Kulasegaran

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran akan membawa usul bagi merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berikutan kenyataannya yang mengaitkan abu Chin Pend dengan abu di dahi RSN Rayer (DAP-Jelutong).

Katanya, beliau memandang serius perkara itu dan hukuman gantung dua hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat tidak mencukupi, justeru Tajuddin harus dirujuk ke jawatankuasa tersebut kerana menghina majlis dan tidak sensitif terhadap kaum lain.

Beliau akan membawa usul itu yang terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul bertarikh 5 Disember 2019 iaitu hari ini.

Dalam Aturan mesyuarat itu, ia disenaraikan sebagai usul keenam daripada 29 cadangan dan usul yang disusun untuk pembentangan pada sidang hari ini.

BACA: Tajudddin digantung dua hari gara-gara soalan adakah abu Chin Peng di dahi Rayer

BACA:Abu dahi Rayer: Biarlah, Tajuddin sudah minta maaf

Usul itu berbunyi bahawa:” Menteri Sumber Manusia akan mencadangkan:- “Bahawa pada hari Selasa 3 Disember 2019 yang Berhormat Datuk Seri Haji Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak telah mengeluarkan kenyataan yang menghina sensitiviti perkauman dan satu penghinaan agama HIndu yang amat serius dengan menanyakan Yang Berhormat Jelutong “Abu dekat dahi itu abu apa itu? Abu Chin Peng Kah?” sepertri dalam penyata Rasmi muka surat 38 pada Selasa 3 Disember 2019.

“Bahawa Dewan Mulia ini memandang serius perbuatan yang berhormat Pasir Salak telah menyinggung perasaan Ahli-Ahli Berhormat yang beragama Hindu dan turut mencemar prestij dan nama baik Dewan yang mulia ini.

Maka ini dipersetujui bahawa Pasir Salak hendaklah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di atas perbuatan Yang Berhormat yang boleh dianggap sebagai menghina Majlis.”

Usul itu dijangka dibacakan pada sesi sebelah petang ini.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kan dia dah minta maaf…..

    Macam juga Kula – dia dah minta maaf kerana mengatakan ORANG MELAYU DI NEGARA INI ADALAH PENDATANG.

Comments are closed.