TERKINI : UMNO Mesti Kembali Nakhoda Negara “Jangan Takut Jatuh” – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Kepimpinan UMNO mengajak semua perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk bersama melakukan tindakan paling radikal bagi mengembalikan parti itu ke peranannya yang sebenar.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setelah 18 bulan tersungkur dari puncak kekuasaan, sudah sampai masanya semua sayap parti bangkit menjadi nakhoda utama bahtera bernama Malaysia.

UMNO, katanya, tidak boleh terus susut, sebaliknya mesti mengemudi bahtera Malaysia ini kerana ia adalah tanggungjawab mereka.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.