Telekom Malaysia Bhd (TM) muncul kaunter ketiga paling rugi di Bursa Malaysia pagi ini berikutan laporan media bahawa harga perkhidmatan jalur lebar Malaysia dijangka susut sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini.
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Berhad (TM) sedang melaksanakan infrastruktur 5G di negara ini dengan menyertai Projek Demonstrasi 5G oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Projek demonstrasi ini adalah untuk TM menguji ciri-ciri 5G, meneroka sistem teknologi 5G dan menilai cara terbaik untuk melaksanakan infrastruktur 5G seluruh negara.

TM merancang untuk menguji pelaksanaan rangkaian teras 5G bersepadu yang membolehkan ketersediaan bersama
rangkaian Bukan Kendiri dan Kendiri.

SA merupakan masa hadapan pelaksanaan rangkaian 5G dan demonstrasi ini penting untuk mempercepat pelancaran 5G di Malaysia.

TM menerusi cabang penyelesaian perniagaan bagi perusahaan dan sektor awamnya, TM ONE telah memulakan demonstrasi 5G di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini bagi menguji penyelesaian-penyelesaian 5Gnya iaitu Lampu Isyarat Pintar, Keselamatan & Sekuriti Pintar dan Parkir Pintar.

Selain itu, TM turut memperluaskan Projek Demonstrasi 5Gnya ke Pulau Langkawi, Kedah dengan demonstrasi lebih banyak kes-kes gunaan 5G.

Transmisi perkhidmatan 5G di Pulau Langkawi bermula hari ini, yang mana TM melaksanakan rangkaian 5G SA pertama di negara ini.

Mengulas perkembangan penting ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin berkata, pelaksanaan penyelesaian pintar dipacu 5G yang teruji dan terbukti di Subang Jaya dan Langkawi merupakan bukti komitmen kami dalam mempercepat penawaran perkhidmatan 5G di seluruh negara.

Ini sebagai sokongan kepada usaha SKMM dalam menjayakan harapan insan ke arah mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat.

Tambah TM, syarikat itu menerusi produk dan rumusan inovatif dan komprehensif akan terus menyediakan asas bagi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) dan memacu Segalanya Internet (IoT) – memberi khidmat kepada masyarakat dan gaya hidup yang lebih digital, perniagaan digital dan vertikal industri serta kerajaan digital.

“Aspirasi TM adalah untuk membawakan infrastruktur 5G yang efisien dan kos efektif menerusi pendekatan perkongsian infrastruktur, melalui kawalan akses yang dilaksanakan oleh SKMM.

“Ini dilakukan dengan memanfaatkan rangkaian-rangkaian fibernya yang meluas, termasuk kabel-kabel dasar laut, menara-menara telekomunikasi dan pengkomputeran Awan, serta Pusat Data yang tersedia bagi mendukung era 5G di Malaysia,” katanya.

Selain itu, katanya, TM juga merancang untuk menguji dan mendemonstrasi ciri Perkongsian Spektrum Dinamik yang mana ia boleh berkongsi spektrum yang sama untuk menyokong teknologi mudah alih secara dinamik. – MalaysiaGazette