KUALA LUMPUR – Filem Pusaka berjaya mencapai kutipan RM13.7 juta dalam tempoh 36 hari dan ia masih ditayangkan di pawagam.

Filem genre seram, penyiasatan dan aksi ini mendapat respon positif daripada penonton pelbagai lapisan usia dan latar belakang.

Bukan itu sahaja, ramai penonton telah menyaksikan filem ini lebih dari 7 kali.

Pusaka juga turut hangat diperkatakan di laman media sosial oleh penonton yang berkongsi pengalaman mereka tentang “jump scare” di dalam filem.

Rentetan daripada kejayaan tersebut, Astro terus membawakan karya terbaik pengarah Razaisyam Rashid dengan menampilkan sebuah siri Sembilan yang mula boleh ditonton di Astro Go bermula 6 Disember.

Cara memuat turun aplikasi, muat turun secara PERCUMA aplikasi Astro GO di Apple Store atau App Store Strim “SEMBILAN” di Astro GO.

Pihak penerbit Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Tank mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura atas sokongan padu yang diberikan pada Pusaka. – MalaysiaGazette