HYDERABAD – Empat suspek kes rogol dan bunuh seorang doktor haiwan minggu menemui ‘ajal’ tidak sampai seminggu apabila ditembak mati di Hyderabad awal pagi tadi.
Keempat-empat suspek dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sebelum bertindak membakar mayat Dr Priyanka Reddy, 26, Khamis lepas ditembak ketika melarikan diri.
Menurut agensi, suspek-suspek yang telah dibawa kembali ke tempat kejadian pagi tadi untuk melakonkan kembali insiden tersebut bertindak merampas pistol salah seorang anggota polis sebelum cuba melarikan diri.
Polis Telangana dalam kenyataan tadi mendakwa pihaknya terpaksa menembak kesemua mereka.
Menariknya, tindakan polis itu tidak pula dikritik seperti kebiasaan, sebaliknya rata-rata masyarakat di India dan dunia menyatakan rasa syukur.
Malah, ayah kepada mendiang Dr Priyanka juga secara terbuka mengatakan kematian anak perempuan sulungnya itu mendapat satu keadilan yang tidak mungkin boleh diberikan melalui perundangan sekalipun.
Kesemua suspek ditahan pada 29 November lalu sebelum ditahan polis selama tujuh hari sehingga 4 Disember.
Pembunuhan kejam itu mencetuskan kemarahan orang ramai hingga keluar berarak ke jalan raya menuntut keadilan bagi pihak mangsa termasuk nama-nama besar dalam dunia korporat, politik serta selebriti.
Priyanka yang merupakan doktor haiwan sepatutnya pulang ke rumahnya selepas bekerja pada jam 9.30 malam Rabu lepas dihampiri sekumpulan lelaki di kawasan plaza tol tempat beliau memakirkan skuternya.
Suspek, empat lelaki itu dikatakan telah merancang untuk menculik dan merogol Priyanka ketika dia meletakan skuternya di kawasan tol pada jam 5.30 petang.
Suspek-supek ini kemudian bertindak mengeluarkan angin tayar skuter tersebut sebelum Priyanka tiba.
Salah seorang suspek kemudian menawarkan bantuan sebelum bertindak ganas dengan menyeretnya ke kawasan semak sebelum bergilir-gilir merogol wanita malang itu.
Salah seorang suspek juga telah bertindak menyumbat kain dalam mulut dan hidung mangsa sehingga mangsa sesak nafas dan mati di tempat kejadian.
Dia juga telah dipaksa minum arak murah sehingga tidak sedarkan diri.
Priyanka kemudian dibakar sebelum mayatnya dicampak 25 kilometer daripada kawasan tol plaza itu dan mayat doktor haiwan itu ditemui beberapa jam selepas itu.
Apa yang menyedihkan, Dr Priyanka yang sedar sesuatu tidak betul apabila dihampiri empat lelaki yang menawarkan diri untuk membaiki skuternya sempat menelefon adik perempuannya.
“Jangan letak letefon, saya rasa takut. Kamu terus bercakap dengan saya sehingga skuter saya dibawa kembali. Mereka semua sedang menunggu saya di luar ini,” kata Priyanka kepada adiknya.
Selepas beberapa minit, panggilan telefon itu putus dan Priyanka gagal dihubungi kembali sehingga mayatnya yang separuh terbakar ditemui.
Tanda pagar #HangRapists trending di laman sosial Twitter sejak kejadian, ini selain mendapat perhatian bukan sahaja di India malah di seluruh dunia. – MalaysiaGazette
Hukuman yg setimpal.