RIYADH – Aramco, syarikat minyak gergasi milik Arab Saudi merekodkan sebanyak AS$25.6 bilion dalam Tawaran Awam Permulaannya (IPO).

Jualan saham ini adalah yang terbesar melebihi Alibaba yang mengumpul AS$25 bilion pada tahun 2014.

IPO Aramco menyaksikan pergantungan kepada pelabur-pelabur domestik dan serantau dalam menjual 1.5% kepentingannya selepas kurang mendapat sambutan dari pelabur luar.

Ia dinilai pada AS$1.7 trilion semasa dagangan bermula, kurang daripada sasaran AS$2 trilion.

namun ia tetapi menjadikan Aramco sebagai syarikat tersenarai paling berharga di dunia.

Jualan saham itu dilaksanakan selepas rancangan Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk memodenkan ekonomi Arab Saudi dan mengurangkan kebergantungan negara itu ke atas sumber minyak.

Syarikat yang paling menguntungkan di dunia itu memerlukan puluhan bilion dolar untuk membiayai projek megat dan membangunkan industri baru.

Pada mulanya, ia berusaha mengumpulkan AS$$ 100 bilion di dua bursa – dengan penyenaraian pertama di bursa tempatan dan satu lagi di bursa luar negeri seperti Bursa Saham London.

Tetapi ia menarik semula rancangan awal selepas pelabur-pelabur asing menyatakan kebimbangan tentang perubahan iklim, risiko politik dan kurangnya ketelusan korporat.

Harga saham Aramco diniagakan pada 32 riyal (AS$8.53) pada hari Khamis dan terlebih langganan.

Tetapi yang lebih mustahak untuk melihat sama ada harga saham itu naik atau sust selepas dagangan bermula – sekurang-kurangnya akhir bulan ini. – MalaysiaGazette