TERKINI : UMNO Pilih Pintu Depan “Bina Kerajaan Sendiri” – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) menerusi Muafakat Nasional tidak sekali-kali mengimpikan perubahan kerajaan melalui pintu belakang walaupun peluang itu terbuka luas.

Sebaliknya, menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mereka tetap memilih pintu hadapan untuk membina kerajaan sendiri mengikut lunas demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, sementara bersiap menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), banyak perkara perlu diselaraskan dalam Muafakat Nasional.

“Ujian getir bagi Muafakat Nasional hadir dalam bentuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Ia memberi banyak pengajaran kepada kita serta menjadi kayu pengukur kepada sokongan masyarakat Cina dan bukan Melayu kepada BN dan Muafakat Nasional.