Annuar musa mengkritik tindakan ambulans dipaka himpit tepi memberi laluan kepada kenderaan VVIP dalam kejadian 4 Disember lalu.

KUALA LUMPUR – Tindakan pengiring sebuah kenderaan VVIP jenis Velfire hitam yang memaksa sebuah ambulans yang dipercayai dalam kecemasan menghimpit ke tepi mengundang kecaman majoriti netizen.

Kejadian itu didakwa berlaku pada 4 Disember lalu sekitar jam 9.20 pagi di sebuah lebuh raya semasa waktu puncak.

Insiden itu dikongsikan oleh Tan Sri Annuar Musa melalui Twitter peribadinya.

Dalam ciapannya, Setiausaha Agung UMNO itu menyanjung tindakan baginda Yang di-Pertuan Agong yang kerap kali berhenti ditepi jalan apabila ternampak kes kecemasan dan kemalangan.

Bagaimanapun, klip video yang tular menunjukkan kenderaan pengiring meminta sebuah ambulans yang membunyikan siren  menghimpit ke tepi bagi memberi laluan kepada kenderaan MPV VVIP.

“Entourage Seri Paduka YDP Agong, berhenti di tepi jalan bila terjumpa kes kecemasan atau kemalangan.

“Entourage Menteri PH, paksa ambulans kecemasan berhenti ke tepi jalan untuk mereka memintas dan meneruskan perjalanan.. satu lagi ciri Malaysia Baru”,” kata Setiausaha Agung UMNO itu.

Bagaimanapun, reaksi beliau dibalas dengan komen oleh dua pemegang akaun Twitter supaya tidak memfitnah kerana berdosa dan fitnah masuk neraka. – MalaysiaGazette

Video Berkaitan

1 Komen

  1. Hihi ph ph.. Menteri cap lbh mahal nyawa drpd org yg dlm kecemasan.. Mmg bodoh lh menteri cap ayam ph ni… Ini mesti puak2 dapig ni… Ini kli lh ko jadi krjaan lpas ni hai hai bye bye lh.. Ph pakatan hacing..

Comments are closed.