TERKINI : Azmin Kecewa “Anwar Langgar Perjanjian”

AYER KEROH – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertindak meninggalkan Kongres Nasional bersama tiga Naib Presiden dan 22 MPP hari ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, beliau kecewa kerana kongres bertindak melanggar persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua pihak pada perjumpaan dengan Anwar pada 4 Disember lalu.

“Harapan kami supaya ucapan dasar Presiden patut beri fokus kepada hala tuju yang lebih inklusif ternyata meleset sama sekali. “

Presiden sebut kisah Si Kitul jelas terus beri serangan peribadi kepada anggota PKR. Sesi penganugerahan di kongres juga provokatif,” katanya dalam siang media di sebuah hotel berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), hari ni.

1 Komen

Comments are closed.