Mohamad Sabu
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berjalan menunju ke sidang media selepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto

SHAH ALAM – Penubuhan Muafakat Nasional di antara Pas dan UMNO dipercayai tidak disenangi oleh akar umbi Pas khususnya di Kelantan susulan kemasukan beramai-ramai ahli parti itu ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah).

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendedahkan, Kelantan antara negeri yang teramai ahli Pas yang menyertai Amanah pada masa ini susulan mereka menolak Muafakat Nasional dan UMNO.

“Banyak sekarang ini, sedang berpindah begitu ramai di Kelantan. Ahli Pas memang dididik begitu lama tentang kebencian kepada UMNO dan sampai ke peringkat kafir mengkafir

“Jadi bukan mudah untuk mereka terima Muafakat Nasional begitu mudah, ramai di antaranya memilih untuk bersama dengan Amanah,” katanya selepas Konvensyen Nasional Amanah 2019 di sini, hari ini.

Mohamad juga berasa terkejut apabila Amanah Kelantan khususnya kawasan Pasir Mas mempunyai lebih 2,000 ahli baharu meskipun belum mempunyai cawangan di kawasan itu.

“Kelantan di antara negeri yang nampak penambahan ahli kami meningkat begitu mendadak

“Kita tahu ramai tapi yang teramai di Pasir Mas, Kelantan, itu satu kejutan, ramai (ahli Pas) berduyun-duyun menyertai Amanah,” katanya.

Datuk Mahfuz Omar
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mendengar sesuatu daripada Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar (tengah) sambil diiringi Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahudin Ayub (kanan) pada ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto

Sementara itu, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, penolakan ahli Pas Kelantan terhadap Muafakat Nasional kerana mereka tidak mahu UMNO dan BN kembali memerintah negara.

“Ahli Pas kebanyakannya menolak Muafakat Nasional kerana mereka melihat ini merupakan pembentukan BN 2.0, sebab itu mereka menolak, mereka tak nak mengembalikan negara ini di bawah kepimpinan BN,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hihi kelakar mat serabut ni… Ahli pan kat klntan tak smpai pun 3k.. Aku lihat ramai yg org lari drpd pan adalah lh… Yg msuk pan hanya org buta2 mcn puak2 mat serabut je.. Hihi mat serabut2 tak insaf2 nk menipu tu.. Dulu dn skrg perangai mat serabut tak brubah.. Menipu je kerja..

Comments are closed.