Kemalangan jala raya membabitkan lori terbalik mengakibatkan pemandunya patah kedua dua kaki dalam kejadian di Terowong Jalan Tun Razak awal pagi tadi

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lelaki berusia 50 tahun patah kedua=dua kaki dan mengalami kecederaan di bahagian dada selepas lori yang dipandunya terbalik dalam satu kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Kejadian yang melibatkan sebuah ;ori dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12.01 pagi di terowong berhampiran Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak menghala ke Kampung Pandan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan oleh pegawai penyiasat, Inspektor Sabturani Tamrindi di lokasi kejadian mendapati semasa insiden, lori berkenaan yang datang dari arah Hospital Kuala Lumpur setelah selesai menurunkan barang dan meneruskan perjalanan ke arah Jalan Tun Razak.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tayar belakang kanan lori yang dipandu lelaki berasal dari Taman Langat Jaya, Banting telah bergesel dengan pembahagi jalan.

“Akibat pergeseran itu, lori jenis Nissan UD milik syarikat Radicare (M) Sdn.Bhd. itu hilang kawalan lalu merempuh tembok konkrit di dalam terowong sebelum terbalik di tengah jalan terowong tersebut

“Akibat kemalangan tersebut, lori mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, manakala pemandu mengalami patah kedua-dua belah kaki dan cedera di dada,” katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp hari ini.

Kata beliau, mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

Tambah beliau, polis telah membuka kertas siasatan kemalagan itu untuk disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan lori yang terlibat telah dialihkan. – MalaysiaGazette