Haniza Mohamed Talha. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Kongres Nasional PKR yang memasuki hari terakhir hari ini, dikejutkan dengan ketiadaan Ketua dan Timbalan Ketua Wanita, Haniza Talha dan Dr Daroyah Alwi.

Haniza dan Dr Daroyah yang dipercayai sekutu Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali langsung tidak kelihatan sehingga memaksa penganjur mencari wakil bagi menyampaikan ucapan penggulungan.

Sesi penggulungan sayap PKR itu hanya diwakili Naib Ketuanya Sangetha Jayakumar.

Petang semalam, Haniza dan Dr Daroyah bersama-sama Azmin, Zuraida Kamarudin, Tian Chua, Ali Biju, Timbalan Ketua AMK, Mohammad Hilman Idham bertindak membuat satu sidang media tergempar mempertikaikan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sidang media yang diketuai Azmin itu rata-ratanya melahirkan rasa kecewa kerana Anwar melanggar empat persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat khas pada 4 Disember lalu. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Nuek kaki langgar janji.. ini sifat yg tidak boleh ada klu nak jdi pemimpin,so nuek sah tiada sifat seorang peminpin

Comments are closed.