Polis menasihati lebih 6,900 pemegang lesen senjata api berhenti menjadikan aktiviti memburu sebagai hobi.- pix hiasan

SUMATERA – Lima lelaki ditahan pihak berkuasa di Indonesia atas kesalahan pemburuan haram hidupan liar.

Polis Indonesia juga merampas kulit harimau Sumatra yang dilindungi dan empat janin harimau dalam balang.

Populasi harimau Sumatra terancam secara kritikal apabila hanya kurang 400 ekor sahaja disyaki masih hidup di hutan pulau itu.

Namun belum jelas sama ada janin berkenaan telah diambil dari harimau dewasa yang kulitnya dirampas dari pemburu haram itu.

Pegawai Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia berkata, kesemua suspek ditangkap di wilayah Riau oleh polis yang bertindak atas maklumat awam.

Daripada lima orang itu, dua suspek dipercayai berperanan sebagai penjual dan mereka berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda 5 juta rupiah atau AS$7,100 jika disabitkan kesalahan. – MalaysiaGazette