KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberikan masa untuk menyelesaikan beberapa isu termasuk masalah peribadinya sebelum beliau memulakan proses perdamaian dalam parti.

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, Anwar perlu melihat secara mendalam berhubung perkara-perkara berbangkit termasuk yang terbaharu melibatkan bekas pegawai penyelidiknya, Mohamed Yusoff Rawther dalam ‘skandal seks’.

“Kita beri peluang, banyak isu-isu berbangkit. Mungkin presiden perlukan masa untuk duduk dan internalize (dalaman) kerana ada masalah-masalah yang perlu diatasi dengan kes Yusof dan sebagainya. Jadi kita beri peluang kepadanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Taman Beringin, di sini hari ini.

Zuraida menjawab soalan wartawan yang bertanyakan tentang langkah perdamaian di dalam PKR ekoran kemelut dalam parti itu selepas berlangsungnya kongres parti berkenaan minggu lalu.

Beberapa insiden berlaku melibatkan kekecohan ketika kongres PKR yang berlangsung selama tiga hari di MITC di Melaka minggu.

TERKINI : PANASSS!!! Zuraida BONGKAR Jumpa Anwar “Isu Video Seks Azmin Ali”

Perkara lain yang turut mengeruhkan keadaan apabila digembar-gemburkan ada pula pihak mendakwa akan berlangsungnya kongres kedua di Kuala Lumpur didakwa dianjurkan oleh kumpulan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia adalah sebagai tanda bantahan mereka terhadap kumpulan Anwar kesan daripada pertembungan dua kem berlainan dalam parti itu.

Naib Ketua Pemuda PKR, Nazree Yunus juga kemudian mengesahkan pertemuan berasingan itu akan diadakan di Hotel Renaissance – tempat lahirnya Parti Keadilan Nasional 20 tahun lalu.

Sementara itu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menepis dakwaan mengatakan bahawa majlis makan malam yang diadakan di Hotel Renaissance di ibu negara pada Ahad lalu menjadi medan untuk menghentam Anwar.

BACA: Saya dan Azmin sudah bersedia jika mahu dipecat – Zuraida

Majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 itu turut dihadiri Mohamed Azmin.

Majlis makan malam itu didakan sehari selepas berakhirnya Kongres PKR yang berlangsung selama tiga hari di MITC di Melaka.

Turut hadir tiga Naib itu Zuraida, Tian Chua dan Ali Biju; ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, R Sivarasa; Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha; Timbalan Ketua Wanita PKR, Dr Daroyah Alwi dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Hilman Idham. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.