Dr. Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ada tiga implikasi ekoran kenyataan terbuka Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, pertama, Zuraida mendedahkan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumpat Tun Mahathir.

“Gini, gini, gini (siap dengan lenggok tangan seperti ular) bermaksud Tun umpama ular. Kaki kencing dan pembohong. Mampus Anwar,” tulisnya dalam Facebooknya hari ini.

Kedua, katanya, Anwar memberitahu Zuraida yang video dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu adalah tulen dan polis yang mengesahkannya.

“Ketiga, rupanya PDRM sudah lama ada maklumat Azmin adalah pelakonnya. Kenapa dirahsiakan. Kenapa tidak diambil tindakan. Kenapa kata masih disiasat?” soal Puad lagi.

Apa pun, sinisnya, Anwar dan Mohamed Azmin disifatkannya sebagai sudah terjun ke laut dan yang selamat hanya Mahathir.- MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN:

TERKINI : PANASSS!!! Zuraida BONGKAR Jumpa Anwar “Isu Video Seks Azmin Ali”

1 Komen

Comments are closed.