Kiri ke kanan - Volodymyr Zelensky, Presiden Perancis Emmanuel Macron, Vladimir Putin dan Canselor Jerman, Angela Merkel di Élysée Palace , Paris. foto Agensi

PARIS – Ukraine dan Rusia bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata secara “penuh dan komprehensif” di timur Ukraine menjelang akhir tahun 2019, selepas rundingan peringkat tertinggi.

Keputusan itu dicapai selepas pertemuan bersemuka antara Presiden Russia dan Ukraine, Vladimir Putin dan Volodymyr Zelensky di Paris pada hari Isnin.

Pertempuran selama lima setengah tahun antara pasukan kerajaan Ukraine dan pemberontak yang disokong oleh Rusia telah mengorbankan 13,000 nyawa.

Rundingan itu diasaskan oleh pemimpin Perancis dan Jerman.

Ia membabitkan pertukaran sejumlah besar banduan dan penarikan semula tentera Ukraine dari tiga kawasan utama di barisan hadapan.

Dalam satu kenyataan bertulis, negara-negara itu bersetuju untuk melepaskan dan menukar semua “tahanan yang berkaitan dengan konflik” menjelang akhir tahun ini.

Kedua-dua pihak juga berjanji untuk melepaskan tentera di tiga kawasan tambahan di Ukraine menjelang akhir Mac 2020, tanpa menyatakan kawasan mana yang akan terjejas.

Rundingan tambahan akan diadakan dalam tempoh empat bulan untuk melihat kemajuan gencatan senjata itu. – MalaysiaGazette