Muhammad Yusuff Rawther

KUALA LUMPUR – Bekas penyelidik di pejabat PKR, Muhammed Yusoff Rawther yang dipanggil kali kedua ke Bukit Aman hari ini dipercayai telah meninggalkan Bukit Aman.

Beliau dipercayai keluar dengan menaiki kenderaan melalui pintu belakang selepas lebih 3 jam dipanggil beri keterangan.

Perkara itu disahkan peguamnya, peguamnya Datuk Mohamed Haniff Kathri Abdulla.

Dalam satu kenyataan, Haniff berkata Yusoff, meninggalkan Bukit Aman jam 3.30 petang tadi.

“Sekali lagi, seperti semalam Yusoff Rawther bekerjasama dengan polis sepenuhnya, dan jika diperlukan, akan berbuat demikian dan memberi pernyataan lanjut dari semasa ke semasa seperti yang diminta oleh Polis untuk memastikan penyiasatan lengkap dan teliti dilakukan pada laporannya,” katanya.

Awal hari ini media melaporkan bapa dan adik Yusoff datang dari Pulau Pinang ke Bukit Aman untuk membantu siasatan polis.

Dipercayai seorang lagi individu wanita yang dipanggil untuk memberikan keterangan juga sudah meninggalkan Bukti Aman.

Semalam, Yusoff memberikan keterangan hampir tujuh jam kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).

Yusoff dipanggil memberikan keterangan berhubung dakwaannya berkaitan salah laku seks terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Yusoff sebelum itu membuat satu akuan bersumpah (SD) pada 19 November sebelum membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur. -MalaysiaGazette

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.