Husam Musa

KUALA LUMPUR – Datuk Husam Musa dan Dr. Mariah Mahmud dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Kedua-dua mereka dilantik dalam satu mesyuarat Ahli Jawatankuasa AMANAH yang bermesyuarat semalam.

“Merujuk kepada mesyuarat yang diadakan semalam pada 8 malam bertempat di Wisma Amanah, ahli mesyuarat pimpinan AMANAH Nasional yang bersidang selama dua jam telah sebulat suara memilih dua Naib Presiden lantikan dan juga penjawat utama bagi setiap portfolio jawatankuasa yang lain,” kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, AJK Nasional itu akan memulakan tugas mereka berkuatkuasa hari ini sehingga Konvensyen AMANAH Nasional Kali Ke-6 yang dijangka pada penghujung 2022 nanti.

Selain dua naib presiden, enam AJK lantikan ialah Datuk Dr. Hassan Baharom, Dr. Dzulqarnain Lokman, Datuk Dr. Ismail Salleh, Hu Pang Chau, Harris Alimuddin dan Pushpa.- MalaysiaGazette