IPOH –  Dua beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, kira-kira 110 kilometer dari sini, awal pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, mangsa yang maut dikenali sebagai Aisyah Din, 80, dan adiknya Ida, 56, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Kedua-dua mangsa ditemui berdekatan dengan pintu utama rumah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 1.52 pagi.

Semasa anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Tanjung Piandang tiba di lokasi, rumah itu sudah terbakar 80 peratus, katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast