Serpihan dari pesawat kargo tentera udara Chile Hercules C-130 yang terhempas minggu ini dan hilang, dilihat di Drake Passage atau Sea of Hoces, pada 11 Disember 2019.

SANTIAGO – Tentera Udara Chile telah menemui serpihan dipercayai dari pesawat kargo tentera yang terhempas minggu ini bersama 38 orang penumpang di perairan jauh di antara Amerika Selatan dan Antartika.

Serpihan itu dijumpai 30 kilometer (18.6 batu) di selatan, lokasi yang mana pesawat terakhir membuat panggilan, kata tentera udara dalam satu kenyataan.

Menurutnya, serpihan-serpihan yang ditemui akan dianalisis untuk menentukan sama ada ia adalah milik pesawat kargo Hercules C-130.

Kementerian Pertahanan Brazil dalam satu kenyataan, bahawa salah satu kapalnya telah menemui barangan peribadi dan serpihan peribadi yang yang dipercayai daripada pesawat itu, kira-kira 500 km (311 batu) dari bandar Ushuaia di selatan Argentina di Patagonia.

Pesawat itu hilang dalam penerbangan ke pangkalan Antartika dari bandar selatan Punta Arenas di Patagonia Chili.
Tentera Udara kemudian membuat kesimpulan bahawa pesawat itu pasti terhempas, memandangkan tempoh masa yang telah hilang.

“Kami akan meneruskan pencarian dan berharap mendapat jawapan,” kata Ketua Angkatan Tentera Udara, Eduardo Mosqueira, yang mengetuai usaha pencarian itu.

Punca kemalangan itu tidak diketahui dan pegawai mengakui peluang tipis untuk mencari mangsa yang terselamat.

Pesawat itu membawa 17 anak kapal dan 21 penumpang. – MalaysiaGazette