KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pihak berkuasa itu.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, lelaki yang sedang dicari itu bernama Norshah Abd Rahman berusia 45 tahun.

“Lelaki ini memegang kad pengenalan bernombor 741014-03-5369.

“Alamat terakhir lelaki ini dikesan di PT 150 Taman Desa Rahmat Guchil Bayam, 15100, Kota Bharu, Kelantan,” katanya kenyataan itu, hari ini.

Menurut SPRM lagi, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pihaknya secepat mungkin.

“Orang ramai boleh terus menghubungi Penolong Penguasa Khairul Haffizul Mohamad Nawidi di talian 09-7661800 atau 017-9517996,” kata kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast