Fipper mula beroperasi pada tahun 2008 dengan sasaran pasaran hanya kepada pemborong dan peniaga kecil.

KUALA LUMPUR – Selipar berasaskan getah asli berjenama Fipper mula beroperasi pada tahun 2008 dengan sasaran pasaran hanya kepada pemborong dan peniaga kecil dan Sungai Wang merupakan butik pertama di pusat beli-belah itu pada tahun 2010.

Dari situ, Fipper terus melebarkan sayapnya bukan hanya di Semenanjung Malaysia malah turut menembusi pasaran antarabangsa dan sehingga kini Fipper sudah bertapak di 14 buah negara.

Fipper terus mempelbagaikan rekaan selipar dan warna supaya sesuai dengan generasi masa kini yang sangat mementingkan gaya dan penampilan tetapi masih tetap mengekalkan pengunaan getah asli sebagai asas dalam setiap selipar keluaran dan dijual pada harga yang berpatutan.

Selain itu Fipper juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan rekaan dan produk lain untuk melengkapi gaya harian anda.

Andi Bernadee menjadi duta pertama Fipper.

Hari ini, jenama milik Fipper Marketing Sdn. Bhd.telah menaik taraf butiknya yang berada di Sunway Pyramid menjadi butik yang terbesar setakat ini berbanding kesemua 42 Butik Fipper yang lain.

Buat pertama kalinya Butik Fipper yang berkeluasan 1,460 kaki persegi menyediakan kelainan berbanding butik Fipper lain iaitu ruang permainan kanak-kanak “Kid Zone” bagi memberikan pengalaman membeli yang menyeronokkan terutamanya kepada kanak-kanak.

Mementingkan pengalaman membeli yang lebih baik untuk pelanggan setia, Fipper telah memanfaatkan penggunaan teknologi dengan menyediakan pembelian secara digital di butik ini, sekiranya pelanggan tidak dapat apa yang dikehendaki di Butik Fipper.

Pelanggan boleh terus melayari laman sesawang Fipper iaitu www.fipperslipper.com melalui kaunter digital yang disediakan dan seterusnya turut menikmati potongan harga secara atas talian.

Mempelbagaikan rekaan dan warna selipar supaya bersesuaian dengan semua peringkat umur dan jantina dengan penggunaan getah asli yang berkualiti tinggi semakin mendapat tempat dan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat sebagai pemakaian harian.

Andi Bernadee menepati ciri-ciri yang diinginkan Fipper iaitu ringkas dan kasual.

Sementara itu, sempena perasmian butik itu, Fipper telah mengumumkan penyanyi, Andi Bernadee yang sedang popular dengan lagu Satu Peluang, Donde dan yang terkini Hello sebagai duta pertama.

Pemilihan penyanyi kelahiran Sabah itu bersesuaian dengan tema Fipper pada tahun 2020 iaitu gaya hidup dan Andi Bernadee menepati ciri-ciri yang diinginkan iaitu ringkas dan kasual.

Fipper yakin dengan perlantikan Andi sebagai Duta Fipper dapat membantu membawa jenama Fipper supaya lebih dekat kepada masyarakat.

Perasmian butik itu telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Fipper yang baharu, Jee Von.

Ia turut dihadiri oleh Pengurus dan Pengasas Fipper Jack Lim, Jean dan Danny selain rakan strategi perniagaan Kedai Kasut You dan Kelab Peminat Andi Bernadee, “Andidears”. – MalaysiaGazette