SINGAPURA – Harga minyak melonjak ke paras tiga bulan tinggi selepas Amerika Syarikat dan China semakin menghampiri resolusi perang perdagangan selama 18 bulan.

Pertikaian dua ekonomi terbesar di dunia yang telah menimbulkan persoalan besar mengenai permintaan global untuk mentah.

Niaga hadapan Brent naik AS$0.48atau 0.8%, kepada AS$ 64.68 setong pada 0221 GMT, tertinggi sejak 23 September.

Manakala minyak West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.36atau 0.6%, kepada AS$59.54 setong, tertinggi sejak 16 September.

Walaupun kesepakatan perdagangan akan menamatkan ketidakpastian bagi permintaan minyak dalam jangka masa terdekat tetapi kebimbangan terus berlegar mengenai profil permintaan di tengah-tengah bekalan yang mencukupi di masa depan.

“Kepincangan mengenai permintaan akan menjejaskan kenaikan harga,” kata ANZ Bank dalam nota pada hari Jumaat.

Sementara itu, White House bersetuju untuk menangguhkan beberapa tarif ke atas barangan China dan mengurangkan yang lain sebagai balasan kepada ikrar Beijing untuk meningkatkan pembelian produk ladang Amerika Syarikat pada tahun 2020, kata sumber pada hari Khamis. – MalaysiaGazette