Sania (Kanan) akan kembali ke gelanggang Tenis pada terbuka Australia Januari 2020

DELHI – Bekas Juara beregu Wimbledon, Sania Mirza akan kembali ke gelanggang tenis pada Januari 2020.

Difahamkan, ratu tenis kelahiran India itu telah berehat selama dua tahun dari gelanggang kerana mahu mendapatkan anak.

Kini laporan berkata, ratu India itu akan kembali beraksi pada Kejohanan Tenis Hibart International, Australia pada 11 hingga 18 Januari 2020.

Sania dijangka akan beraksi dalam bergu berganding dengan Nadiia Kichenok dari Ukraine.

Mirza, 33, telah melahirkan anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan bekas kapten kriket Pakistan Shoaib Malik pada Oktober 2018.

Pada 2015, Sania menang gelaran Wimbledon bersama pemain Switzerland Martina Hingis disusuli gelaran Terbuka Amerika Syarikat dan Australia.

Sania juga muncul sebagai satu-satunya pemain India yang menang gelaran perseorangan WTA pada 2005 sebelum kecederaan lutut memaksa ratu berkenaan mengalih fokus kepada acara bergu.

Sania yang juga bekas regu tenis nombor satu dunia menang tiga gelaran Grand Slams dalam bergu campuran.

Kini dia merancang untuk berganding dengan jaguh Amerika Rajeev Ram di terbuka Australia, Merbourne pada Januari depan.- MalaysiaGazette