Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bersama Ketua Setia Usaha KPM, Datuk Dr. Mohd Ghazali Abas (dua kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti, Dr. Muhammad Naim Yaakub (dua kanan) serta yang lain membaca buku pencapaian Kementerian Pendidikan (KPM) tahun 2019 pada sesi taklimat bersama media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Laporan lengkap Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) berhubung pengiktirafan sijil itu akan diumumkan apabila tiba waktunya.

“Tunggu sampai waktunya,” kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ringkas.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan pencapaian tahunan Kementerian Pendidikan 2019 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tahap perkembangan Laporan Lengkap PPDUEC dan apakah ia menjadi satu pencapaian kementerian pada tahun depan.

Akhir bulan lalu, Maszlee memberitahu laporan lengkap itu dijangka diserah kepada Kementerian Pendidikan selewat-lewatnya hujung tahun ini sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk keputusan akhir.

Beliau berkata, pasukan itu kini dalam proses akhir menyiapkan laporan kajian berhubung pengiktirafan sijil berkenaan. – MalaysiaGazette