PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KANGAR – Seorang ahli perniagaan wanita kerugian kira-kira RM90,000 selepas dipercayai ditipu sindiket pinjaman wang yang tidak wujud di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata mangsa yang berusia lingkungan 50-an itu pada awalnya membuat pinjaman RM30,000 daripada sindiket berkenaan pada tahun 2018.

Katanya mangsa kemudian diminta oleh suspek untuk membuat bayaran tambahan atas pelbagai alasan seperti bayaran untuk caj pinjaman wang dan upah.

“Akibat percaya dengan suspek, mangsa telah melakukan pelbagai transaksi pemindahan wang kepada suspek sehingga mencecah RM90,000 dalam masa setahun,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Wari berkata setelah menyedari dirinya ditipu, mangsa bertindak membuat laporan polis dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – MalaysiaGazette