Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini dasar parti UMNO di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 SEPTEMBER 2018
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. foto AFFAN FAUZI, 24 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Rakyat Sabah kini mula melihat parti Warisan kini sudah menjadi alat kepada Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa beranggapan rakyat di negeri itu mulai marah kerana nasib mereka semakin tidak terbela.

“Janji 20 peratus royalti minyak untuk Sabah yang dibuat oleh PH ternyata menipu. Orang Sabah marah dengan pemotongan bantuan rakyat, berkurangnya projek Sabah.

“Sijil sementara pendatang, suku kaum tertentu terabai… ini semua menyebabkan rakyat Sabah marah, ” ujar beliau menerusi ciapan twitternya hari ini.

Menurut Annuar, sejak PH memegang tampuk pimpinan kerajaan setelah menang dalam PRU-14, perubahan positif yang diharapkan oleh rakyat ternyata tidak menjadi realiti.- MalaysiaGazette