Ahmad Dzaffir Mohd.Yussof.
Ahmad Dzaffir Mohd Yussof

KUALA LUMPUR – Empat balai polis komuniti di Kajang akan ditutup bermula Januari depan.

Balai-balai polis itu ialah Taming Jaya, Bandar Teknologi, Sungai Tangkas dan Bandar Damai Perdana.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, arahan penutupan selepas mengambil kira faktor-faktor undang-undang, waran, perjawatan dan penjimatan kos serta syarat-syarat yang termaktub dalam garis panduan dan peruntukan bagi perancangan bangunan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Berikutan itu penutupan balai-balai polis komuniti tersebut berdasarkan justifikasi kewujudannya secara ‘ad-hoc’ dan tanpa kajian dari segi lokasi, bangunan, jarak di antara balai dan perjawatan.

Selain itu, penggunaan rumah kedai juga adalah tidak selamat.

Ahmad Dzaffir berkata, penutupan balai komuniti itu bukan melibatkan daerah Kajang sahaja tetapi melibatkan balai komuniti di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, katanya, penugasan anggota polis di kawasan balai masih berjalan seperti biasa untuk membuat rondaan pencegahan jenayah.

Tambahnya, berdasarkan kontrak sewaan bangunan akan tamat pada bulan Februari tahun depan. – MalaysiaGazette