KUALA LUMPUR – Seramai 543 pekerja di News Straits Times Press (NSTP) akan diberhentikan pada bulan Mac tahun depan.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) NSTP, Farah Marshita Abdul Patah berkata, kakitangan yang diberhentikan adalah dalam kalangan New Straits Times (NST), Berita Harian dan Harian Metro yang akan bekerja sehingga 12 Mac 2010.

Menurutnya, pihak pengurusan akan menyerahkan surat kepada kakitangan yang terlibat pada Isnin (16 Disember).

Daripada jumlah itu, seramai 193 orang adalah ahli NUJ.

Dengan itu, tinggal 143 orang kakitangan yang menjadi ahli NUJ akan bersama NSTP.

“Ini bukan angka yang kecil. Ramai di antara kita terpaksa berkorban untuk memastikan kesinambungan syarikat.

“Kami bersimpati dengan apa yang telah berlaku dan telah mencuba sebaik mungkin untuk memperjuangkan nasib ahli yang terjejas tetapi kami perlu menerima keputusan syarikat, walaupun pahit,” katanya.

Farah berharap pemberhentian pekerja akan berjalan lancar dan mereka yang terlibat akan dibayar pampasan mengikut undang-undang buruh.

Malah, beliau juga mengharapkan pemberhentian kerja ini adalah kali terakhir untuk NSTP dan tidak ada ahli kesatuan lain yang perlu menghadapi nasib sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast