Exconya, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir (tengah) selepas membuat laporan polis di IPD Subang Jaya malam ini.

KUALA LUMPUR – ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia mendesak kerajaan buka semula siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Exconya, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, ia ekoran kenyataan bersumpah terbaharu bekas anggota polis terlibat, Azilah Hadri hari ini.

“Azilah telah membuat dakwaan sepertimana yang dilaporkan media bahawa bekas Perdana Menteri Ke-6 (ketika itu menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Najib Razak yang telah mengeluarkan arahan bunuh ke atas individu bernama Altantuya yang dikatakan seorang perisik dan mengancam keselamatan negara.

“Dakwaan tersebut dibuat secara akuan bersumpah dengan turut bersumpah atas nama Allah bahawa beliau telah diarahkan oleh dua penama iaitu Najib dan pegawai khas TPM (ketika itu) iaitu Razak Baginda. Beliau turut bersumpah menerima arahan “shoot to kill” dari Najib,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu Mohd. Ashraf telah membuat laporan polis di Subang Jaya berkenaan isu yang sama.

Menurutnya, laporan itu dibuat bagi menuntut keadilan sepertimana diperakui oleh Azilah yang telah berani tampil untuk menjelaskan secara akuan beesumpah ke atas Najib dan Razak.

“Kami menuntut kes ini dibuka semula dan disiasat secara telus dan adil kerana ianya melibatkan nyawa seorang anggota yang asasnya sanggup berkorban nyawa demi negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa pihak UMNO membuat laporan polis kepada Najib demi memulihkan imej parti berkenaan.- MalaysiaGazette

9 Komen

  1. KENAPA TAK BUAT LAPORAN POLIS KAITAN ALTANTUYA TU NGAN MAHATHIR..?SELAGI LAKNATULLAH TU HIDUP D TANAH MELAYU MALAYSIA NI,SELAGI TU LA AKAN D PENUHI FITNAH,ADU DOMBA,PENGKHIANATAN,PENINDASAN N PENGANIYAAN.,BELOM LAGI DAJJAL SEBENAR YANG DATANG,ABES UMAT ISLAM BERPECAH BELAH KERANA LAKNAT INI..HEBATNYA MUSUH MELAYU N ISLAM INI BILA BERKUASA,HANYA ALLAH SAHAJA MAMPU BALAS AZAB YG PEDIH N HINA PADA LAKNAT INI ATAS SEMUA KEROSAKAN YG DIA BUAT..AMIINNN..

  2. ARMADA jangan lupa juga , BANGKIT KSN semula kes TEROWONG yg lg teruk , di tarik baik semasa tengah perbicaraan ya .. jgn berat sebelah ya ARMADA …

  3. Jangan lupa,juga kes FOREX..PERWAJA DAN PERISTIWA MAMALI..dulu boleh diam je tapi sekarang ni dia dah balik jadi PM jadi masa ini adalah sangat sesuai kes2 ini di buka semula..macam ARMADA boleh tolong minta polis buka kertas siasatan untuk kes2 ini?….

    • Setuju..Sementara dia n beberapa ekoq lagi masih idup.Jangan bagi buah last dah la,”SAYA TAK INGAT,DAH LAMA DAH”..

  4. Hebat mainan politik org tua ni..1MDB tak boleh pakai..skrg dia nyanyi lagu “JANJI MANISMU” untuk Azilah Hadri.

  5. Bangkit dan gesa kes pembunuhan adib kes bontot yg samakin byak tp di sepi kan armada jgan tutup mata telinga dlm kes2yg baru belaku. Armada tau ke peraturan penjara… Banduan akhir satiap pegerakan yg di eskot oleh pegawai2 penjara terlatih apa alasan bleh di bawa keluar sewenang2 nya. Melain kan ada arahan drp pehak2yg lebih bekuasa drp undang2dan peraturan penjara 2000 paling tidak kuasa nya lebih dari ketua pengarah penjara dan membelakang kan undang2dan peraturan penjara. Jgan ingat nyawa bleh panjang dgn berbuat demikian tuhan bila2 masa je bleh cabut nyawa dri jasad.

Comments are closed.