Eliud Kipchoge

LONDON – Atlet Marathon Eliud Kipchoge diangkat sebagai bintang terbaik dunia sukan 2019.

Anugerah khas itu diperkenalkan oleh Personaliti Sukan BBC.

Kipchoge adalah atlet pertama yang telah menamatkan perlumbaan marathon bawah masa dua jam pada Oktober lalu.

Atlet kelahiran Kenya berusia 35 tahun itu melengkapkan larian marathon sejauh 42.2 kilometer dalam masa sejam 59 minit 40 saat di Marathon Ineos di Vienna, Austria.

Malah, Kipchoge juga menang Marathon London buat kali keempat.

Pada Olimpik Rio 2016, Kipchoge juga memecahkan rekod peribadinya yang dicatatkan dalam marathon London dengan beza 28 saat lebih awal.

Pada tahun lalu, Pemain Golf Itali, Francesco Molinari merangkul anugerah itu selepas memenangi Kejuaraan Gol Terbuka 2018.-MalaysiaGazette