Seorang lelaki berjalan melepasi Menara Berkembar Kuala Lumpur ketika tinjauan bersama Malaysia Gazette berkenaan isu jual tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak bertanya tentang kesahihan laporan berita yang mendakwa kerajaan akan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 (LAA) untuk mengambil alih Kampung Baru.

“Broker ada komen?

“Media bisnes dedah kerajaan Pakatan Harapan tengah berbincang dengan peguam untuk rampas tanah Kampung Bharu dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960.

“Ini fake news (berita palsu) ke apa? Atau memang dalam rancangan PH?”soal bekas Perdana Menteri itu.

Najib memetik berita sebuah media yang menyiarkan berita dengan tajuk ‘Land Acquisition Act to be enforced to take over Kg Baru?’

Portal tersebut memetik sebagai sumber sebagai berkata, penilai hartanah mendakwa projek pembangunan di kawasan tersebut tidak berjaya sekiranya Pakatan Harapan tidak menggunakan LAA.

Terdahulu Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mengesahkan 95.3 peratus daripada 2,200 yang memberi maklum balas positif terhadap pembangunan di Kg Baru telah untuk menjualnya kepada kerajaan.

Kerajaan menawarkan RM1,000 satu kaki persegi untuk membeli tanah di kawasan itu berbanding RM850 sebelum ini.-MalaysiaGazette