Pesawat Boeing 737 MAX

CHICAGO – Boeing akan menghentikan pengeluaran pesawat 737 MAX pada bulan Januari depan.

Pada masa ini pengeluarannya masih diteruskan meskipun pesawat berkenaan sudah digantung operasinya sejak sembilan lalu.

Pesawat 737 MAX digantung susulan dua nahas membabitkan Lion Air, Indonesia dan Ethiopian Airlines yang mengorbankan lebih 300 orang penumpang dan anak kapal.

Sebelum ini, Boeing berharap pesawat berkenaan akan beroperasi semula pada akhir tahun ini.

Tetapi pihak berkuasa Amerika Syarikat menjelaskan model pesawat berkenaan tidak akan diberi kebenaran untuk terbang semula dengan begitu cepat.

Boeing yang berpangkalan di Seattle, Washington adalah antara pengeskport terbesar Amerika Syarikat.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, ia tidak akan membuang pekerja yang berkaitan dengan pengeluaran pesawat 737 Max, tetapi pemberhentian pengeluarannya mungkin menjejaskan pembekal dan ekonomi yang lebih luas.

“Kembalikan operasi 737 MAX dengan selamat adalah keutamaan kami.

“Kami tahu bahawa proses meluluskan kembali 737 Max dalam operasi dan menentukan keperluan latihan yang sesuai, mestilah dilakukan dengan sangat teliti untuk memastikan pengawal selia, pelanggan dan orang awam yakin untuk terbang dengan 737 MAX,” kata Boeing.

Minggu lepas, pendengaran kongres diberitahu bahawa pengawal selia penerbangan Amerika Syarikat sedar bahawa selepas kemalangan pertama di Indonesia pada Oktober 2018 terdapat risiko kecelakaan lanjut.

Analisis Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan (FAA) mencadangkan bahawa terdapat lebih daripada kemalangan sepanjang hayat pesawat ini kecuali perubahan reka bentuknya dibuat.

Walau bagaimanapun, 737 MAX tidak digantung operasinya sehingga selepas kemalangan kedua di Ethiopia pada bulan Mac 2019. – MalaysiaGazette