Peguam, Datuk Mohamed Haniff Kathri Abdulla bersama Muhammad Yusuff Rawther selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Yusoff Rawther akan hadir ke Bukit Aman hari ini untuk menjalani ujian poligraf dalam siasatan kes dakwaan dia dicabul pada Oktober lalu.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Datuk Mohammed Haniff Kathri Abdulla ketika dihubungi MalaysiaGazette untuk pengesahan lanjut.

Haniff dalam pesanan WhatsApp kepada berkata:”Yes (Yusoff Rawther) will be there.”

Beliau merupakan peguam Yusoff yang baru-baru ini membuat satu akuan berkanun mendakwa berhadapan serangan seksual seorang pemimpin politik terkenal yang juga bekas majikannya tahun lalu.

Maklumat mengikut sumber polis mendakwa Yusoff akan hadir di Bukit Aman pukul 3 petang ini.

BACA: Yusoff Rawther sedia jalani ujian poligraf – Haniff Khatri

BACA: Kes Yusoff: Polis sedia buat ujian poligraf jika ada keperluan

Pada 9 Disember lalu, Yusoff bersama Haniff hadir memberi keterangan kira-kira 8 jam kepada Unit Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siastaan Jenayah Bukit Aman.

Muhammed Yusoff dirakam keterangan oleh polis berhubung Akuan Bersumpah (SD) serta laporan polis di IPD Sentul dibuat pada 7 Disember lalu atas dakwaan menjadi mangsa cabul Anwar.

BACA: Muhammad Yusoff buat laporan minta polis siasat Anwar

BACA: Saudara jumpa setahun sekali tiba-tiba jadi pakar soal hidup saya – Yusoff Rawther

Ia kemudian dinafikan Anwar sebelum beliau tampil ke Bukit Aman sebelum diambil keterangan selama sejam setengah minggu lalu dalam kes tersebut.

Kes disiasat D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – MalaysiaGazette