Muhammad Yusuff Rawther

KUALA LUMPUR – Bekas penyelidik Anwar, Muhammad Yusoff Rawther sedia membantu pihak polis termasuk menjalani ujian poligraf bagi membantu siasatan berhubung dakwaan serangan seksual oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, kesediaan anak guamnya dan sedia memberi kerjasama kepada pihak polis pada bila-bila masa.

“Muhammad Yusoff telah mengesahkan dengan saya semalam untuk bantu polis dalam menjalankan pemeriksaan yang adil, teliti dan hanya pada Laporan Polisnya pada 7 Disember 2019.

“Dia bersedia untuk menjalankan ujian poligraf pada bila-bila masa, tarikh dan tempat yang akan diputuskan oleh polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, Muhammad Yusoff menghabiskan lapan jam untuk memberi keterangan di Ibu pejabat polis Bukit Aman berhubung dakwaannya serangan seksual oleh Presiden PKR terhadapnya.

Muhammad Yusoff merupakan bekas bekas pembantu penyelidik Anwar membuat dakwaan tersebut menerusi surat akuan bersumpah (SD) bertarikh 19 November 2019 yang didedahkan pada 4 Disember lalu.

Peguam, Datuk Mohamed Haniff Kathri Abdulla bersama Muhammad Yusuff Rawther selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 DISEMBER 2019.

Dalam pada itu, Mohamed Haniff juga berkata, ujian poligraf itu adalah bertujuan semata-mata untuk kegunaan di mahkamah.

“Muhammad Yusoff menyedari bahawa kebolehkendalian keputusan mana-mana ujian poligraf semata-mata adalah untuk mahkamah undang-undang untuk menentukan.

“Tetapi dia bersedia untuk bekerjasama sepenuhnya dengan polis untuk membantu mereka membuat kesimpulan dengan tepat dan secara menyeluruh,” katanya.

BACA: Tiada keperluan ujian poligrafi kes Yusoff

Menurut Mohamed Hanif lagi, walaupun tiada peruntukan khusus undang-undang berkaitan ujian poligraf dalam penyiasatan jenayah, namun teknologi sedemikian harus dimasukkan kegunaan dalam siasatan ini.

“Ia untuk menyokong tuduhannya, bebas daripada Deklarasi Berkanun secara sukarela yang dia tegaskan pada 19 November 2019.

“Kesimpulannya, Muhammad Yusoff menantikan tindak balas baik daripada pihak polis atas permintaan ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette