P. Prabakaran

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA), P. Prabakaran memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan sifar rasuah dalam unit itu.

Beliau berkata, ia penting untuk meletakkan MITRA sebagai agensi yang diyakini dan kekal relevan dalam membela kebajikan kaum India.

“Dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun, kita (MITRA) menjadi agensi ‘low risk’ (aspek rasuah) dan ia dibuktikan pada tahun lepas.

“Maka, untuk tahun ini kita akan memperkukuhkan lagi kedudukan ini,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Menurut Prabakaran, beliau akan memastikan bantuan dana yang disediakan oleh MITRA disalurkan secara telus dan sampai kepada golongan bersasar dalam masyarakat India di seluruh negara. – MalaysiaGazette