Akmal Nasrullah Mohd Nasir

KUALA LUMPUR – Selain membuat sumpah laknat berkenaan tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu, Datuk Seri Najib Razak diminta membuat perkara yang sama berkaitan 1MDB.

Cadangan berbentuk sindiran itu dibuat oleh Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir.

“Tapi alang-alang Najib Razak nak sumpah laknat, elok sumpah sekali pasal kickback (rasuah) 1MDB.

“Cepat sikit rakyat boleh tahu berapa banyak…,” ciap Ahli Parlimen Johor Bahru itu di Twitter hari ini.

Sebelum itu, Najib menyatakan hasrat ingin melakukan sumpah laknat Jumaat ini ekoran akuan bersumpah (SD) Azilah Hadri yang mendakwanya mengarahkan pembunuhan Altantuya.

Ekoran SD Azilah mahkamah sudah menetapkan 20 April tahun depan untuk mendengar permohonan bekas anggota Unit Tindakan Khas itu kepada Najib. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Najib buat sumpah laknat Jumaat ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. AKMAL ni cerdik tak boleh dicontoh, bodoh tak boleh diajar. Isu 1MDB, SRC masih ada jalan pembuktian dimahkamah, bukti dan saksi ade. Dalam kes SD ni, jatuh hukum sudah berlaku. Bicara mahkamah dunia sudah selesai. Hanya dengan bersumpah begini, akan membuktikan kebenaran. Syukur, alhamdulillah, kerana KEBENARAN Dato’ Seri Najib mengambil langkah yg dianjurkan agama. Mari kita tanya AKMAL ni, Anwar pernah ke bersumpah dlm isu perselingkuhan dengan isteri org, china doll, liwat azizan, liwat saiful????PERNAH? ADA BERANI KE?…..Azmin, ade berani bersumpah dlm kes semburit? Mahathir ade berani ke bersumpah dalam kes skandal Bank Bumiputra, kes Forex, perwaja dan pelbagai kes yg umum sudah ketahui???? saudara AKMAL…..jangan terlalu berani bermain api…kelak terbakar diri……

Comments are closed.