Foto Instagram Fitri.

KUALA LUMPUR – Selepas empat tahun menyiapkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), penyanyi dan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris akhirnya bergelar doktor dalam bidang muzik Islamik.

Fitri menerima ijazah dalam bidang muzik Islamik di Universiti Nottingham, United Kingdom pada 10 Disember lalu yang ditemani ibu bapa.

Baru-baru ini, juara program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua ini mengumumkan bakal menamatkan zaman solo selepas lapan tahun menduda.

Fitri yang melayangkan jemputan melalui WhatsApp, bagaimanapun enggan menyatakan nama wanita yang bakal menjadi suri hidupnya. – MalaysiaGazette