KUALA LUMPUR – “Kamu fikir mereka hendak mengaku?”

Itu respon Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap penafian Pejabat Perdana Menteri mengenai isu ada VVIP yang berjumpa dengan Azilah Hadri.

Peguambela Datuk Seri Najib Razak itu juga tidak terkejut dengan penafian Jabatan Penjara berkenaan isu yang sama.

“Mereka (akan) gantung diri. Sudah tentu mereka menafikannya,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu, Muhammad Shafee mendakwa Azilah – tahanan yang menunggu hukuman mati kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu – dibawa berjumpa VVIP pada Februari lalu.

Beliau juga tidak boleh menamakan VVIP berkenaan.

“Saya tak boleh. Kami tengah berusaha untuk itu. Saya tak boleh beritahu anda lebih daripada itu,” ujarnya.

Terdahulu, Azilah dalam pengakuannya mendakwa membunuh Altantuya atas arahan Najib yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tun M nafi beliau VVIP jumpa Azilah

 

7 Komen

  1. Nak masukkan DSN ke penjara dengan kes 1MDB dah melalui jalan buntu…jadi terpaksa lah guna lagi cara lain..alah kita bukan tak tahu politik kotor tok aki tu…selagi tak dapat sumbat org yg dia tak suka ke dalam penjara selagi itu lah tok aki ni tak berhenti mencari dan menggunakan apa saja taktik kotor untuk menjayakan rancangannya…#TOK AKI JAHAT.

  2. Biarksn perundangan menentukan ..
    Perbicaraan memerlukan bukti kukuh..
    Jsngan kita pertikaikan

  3. Sama je PH dengan BN. Kalau dah jadi pemerintah sesiapa sahaja musuh akan diligan dampdi ke lubang cacing.

    • siapa kata sama???? semburit tu Azmin, PKR, liwat, cabul tu Anwar, PKR, rasuah terowong tu Lim Guan Ng, DAP….forex, perwaja…tu Mahathir, BERSATU, simpan nyonya cina tu Muhyiddin, BERSATU, komunis tu Lim Kit Siang, DAP………MANA SAMA….yg sama PM4 Dan PM7 je….

Comments are closed.