petrol
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga petrol RON97 turun sebanyak enam sen seliter kepada RM2.58 seliter mulai esok sehingga 27 Disember ini.

Mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit  RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing sepatutnya sebanyak RM2.28 seliter dan RM2.34 seliter masing-masing.

Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.34 seliter, manakala kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.32 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan
untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum bagi menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 21 Disember 2019 sehingga 27 Disember 2019
adalah berjumlah RM93.74 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast