Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui.

KUALA LUMPUR – UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) bersetuju untuk memberikan 10 ekar tanah di Serendah kepada
komuniti India untuk dijadikan tapak rumah kos rendah pekerja ladang dan tapak SJKT Ladang Minyak.

Pemberian itu membabitkan lapan ekar untuk tapak rumah kos rendah pekerja ladang manakala baki dua ekar untuk tapak SJKT Ladang Minyak.

Dengan ini, ia mengakhiri kemelut pembinaan sekolah tersebut hampir 10 tahun berlaku, kata Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui.

Menurutnya, tanah pemberian UMW ini telah dipindah milik kepada RV Global Sdn Bhd selaku pemegang taruh untuk menguruskan pembahagian tanah bagi pembinaan rumah pekerja ladang.

Artikel berkaitan: Emosi punca masyarakat India pilih PH pada PRU-14

Isu ini bermula apabila kerajaan terdahulu telah menawarkan pembinaan SJKT Ladang Minyak di Bandar Serendah
sebagai janji pilihan raya semasa PRK Hulu Selangor 2010.

Dua majlis pecah tanah turut diadakan pada 2012 dan 2015 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hulu Selangor pada ketika itu. – MalaysiaGazette